Assalamualaikum~~silakan masok =)





Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Thursday 28 July 2011

Andai Itu Takdirnya~ Mungkin Ada Hikmahnya...

Matahari berputar. Bulan berputar. Bumi berputar. Hidup kita juga berputar sebab tu kadang2 dalam hidup nie sekejap kita kat bawah sekejap kita kat atas. Dan selalunya, bila kita berada di bawah tu lah baru nak kenang2kan sesalan dahulu kala.Benarlah kata bidalan, 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna lagi' namun hidup mesti diteruskan.

Alangkah ruginya orang2 yang berputus asa sekarang kerana dia tidak tahu mungkin Allah telah menciptakan segunung emas di hadapan perjalanan hidup mereka. 

Sebab tu apabila berlakunya sesuatu musibah hendaklah kita redha menghadapinya, jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri yang mungkin sudah tergelincir dari jalanNya. Muhasabah. Percayalah dengan kekuasaan Allah, percayalah dengan kekayaan Allah, percayalah dengan kasih sayang Allah, insyaAllah suatu hari kita akan dikurniakan sesuatu yang sangat2 bernilai di luar jangkaan kita asalkan kita tidak menyimpang jauh dari ajaran Allah dan Rasulnya. InsyaAllah.

Saya nak ingatkan diri sendiri dan nak share jugak dengan sesiapa sahaja. Walaupun kita kerapkali terjatuh, janganlah kita berputus asa untuk bangun kembali, jatuh memang sakit. Dan ingat jugak bila kita jatuh akan ada yang menghulurkan tangan untuk bantu kita berdiri tetapi kalau kita pilih taknak bangun, orang yang menghulurkan tangan itu pun tak sanggup menunggu lagi.

~saya percaya Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk awak. Jangan putus asa ya =))

2 comments:

  1. ya.hunny setuju sangat..kita tidak sentiasa akan berada di atas.suatu saat nanti kita tetap akan jatuh..

    pssst..hye cik donut..hunny saje je ni..nak cakap sikit..kalau boleh,letaklah shout box kat blog ni..baru best nak borak2..=)

    ReplyDelete
  2. thanks hunny...ramai yg jatuh tu selalunya dah bputus asa kan hehe

    ouhh tak retiiiiiiiii lagi nak buat yg tuh hihihi =D

    ReplyDelete