Assalamualaikum~~silakan masok =)





Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Thursday 30 June 2011

Hadiah+Present= BUNTU!!

Bila sebot pasal hadiah. Mesti ramai orang suka. Yala sapa tak suka kan dapat hadiah ehehehe
Tapi benda yang kita suka dapat tu lah sebenarnya yang paling grrrrrrr susah lah nak buat. Saya pon selalu hadapi masalah dalam bab2 membeli hadiah untuk seseorang, tambah2 hadiah untuk LELAKI kan.

So now saya jumpak sedikit petua and saya nak jugak la sharing2 is caring. Ini adalah petua (panduan sebenarnya) untuk memberi hadiah kepada seorang lelaki, dan hadiah mana yang sesuai diberikan kepada lelaki jenis tersebut. Untuk Perempuan konpom2 senang ja kan cari hadiah..hehehe let's check it out~


LELAKI MANJA
-Lelaki jenis nie bersifat keanak-anakan, manja2 meowwww gitu. Bahasa kasaqnya lelaki yang cepat tacink maka eloklah kita bagi dia teddy bear, patung2 jenis kapas atau bulu2 lembut tu..Teddy bear tak semestinya untuk perempuan, sebab lelaki manja juga suka benda2 cute macam teddy bear nie la, best di buat pelok2 tambah2 bila rindu si polan binti polan kan..hehe
-Baju, seluar, cap, selipar dan lain2.
-Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya macam lagu dalam Titanic tuh My Heart Will Go On by Celine Dion, lembut ja dengaq tambah2 bila si dia hendak mendodoikan diri dengan melayan lagu sebelum tido.
-Perfume
-Kad-kad muzikal yang berbaur cinta. Dan jangan dilupa kad2 tersebut mestilah sesuatu yang nampak cute, better kad buat sendiri bagi sapa2 yang agak kreatif tangannya, pasti si penerima hadiah tuh cayaqqqqqq =))

next~


LELAKI MACHO
-Sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan macam jaket kulit, tempat abu rokok atau lighter (lelaki macho selalunya dikatakan seorang yang perokok), tali pinggang kulit, helmet, beg sandang yang agak kelihatan rock/extravaganza, cap, dompet kulit, kasut boots dan lain-lain.
-Sesekali carikannya model/replika kapal terbang.
-Spek mata hitam juga membantu, kalau rasa berduit sikit, belilah handphone model terbaru ataupun jam tangan berjenama.


LELAKI BERJIWA SENI
-Sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
-Muat turun lagu2 berbentuk sentimental, music2 macam piano (Schubert Serenade, Canon in D), guitar, violin dan macam2 alat lagi.
-Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai.
-Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
-If dia seorang yang suka melukis, ataupun sukakan kepada lukisan, so boleh la hadiahkan kanvas, pallete, berus, lukisan bermacam2 lukisan, ataupun replika yang diukir, dan macam2 yang agak berseni. (Jenis nie lah yang paling susah hendak di cari hehe)

LELAKI AKTIF
-Lelaki seperti ini tak lain tak bukan mesti berkaitan dengan sukan. Maka hadiah yang sesuai untuk mereka pon mestilah agak2 kesukanan sedikit. Contoh macam kasut sukan, baju sukan dan barangan sukan. (yang berkaitan dengan sukan yang mereka minati)
-Cap
-Jam tangan berjenama. Waktu itu emas! Tapi, better beli jam jenis digital dan water resistant sebab mereka yang aktif sukan nie rajin berpeluh dan mandi..hehehe kalau beli jam besi mungkin sesuai untuk mereka yang aktif dalam golf mungkin
-Ini mungkin tak pernah dibuat orang sebagai hadiah, tapi mungkin juga logik jika memberikan pil vitamin yang sesuai untuk menambahkan stamina badan mereka. Ini menandakan kita sangat care tentang kesihatan mereka secara tak langsung.
-Walkman.


LELAKI ROCK
-Lelaki rock lebih kurang dengan Lelaki Macho, cuma lelaki rock dikatakan lebih 'keras' a.k.a. ganas sedikit. Mereka jenis nie sukakan barang macam helmet, gelang tangan bertali ataupun besi, rantai dan lain2
-Lelaki ini juga sesuai untuk diberi kasut contoh kasut boots, kasut ALL STAR, jenis2 macam tu lah, sneakers.
-Lagu2 rocks juga sesuai untuk diberikan contoh lagu2 dari album Butterfingers, Metallica, Korn dan seumpamanya.
-Guitar, drum stick jika dia seorang penggemar bermain drum. (bukan paha ayam) etc

LELAK WARAK@ALIM
-Alhamdulillah, lelaki sebegini eloklah kita hadiahkan mereka buku2 bersifat keagamaan, kisah2 nabi, buku himpunan doa dan sebagainya.
-Boleh juga diberi tasbih yang kini bermacam2 design, kopiah atau songkok, kain pelekat, jubah
-Minyak atar, Cd ceramah, alunan surah2, bingkai tulisan khat@surah dan seumpanya..
-Hadiah berupa tembikar juga digemari golongan jenis ini, Dan juga barang2 berupa sejarah.

Kesimpulannya, walau apapon jenis lelaki itu, jenis hadiah yang diberikan, kepada siapa ia diberikan, berilah ia seikhlas hati. Jangan harapkan balasan apabila anda memberikan sesuatu. Jika kita memberi secara ikhlas, tak kira apa pon ia, nescaya orang yang menerima akan bersenang hati menerima hadiah anda dan akan menghargainya sebaik mungkin. Semoga ini sedikit sebanyak membantu yaaa! =))

Monday 27 June 2011

I LOVE _ _ _ _ _ =))

Makan Makan Makan. Haha itu sebenaqnya nak nulih pon. I LOVE MAKAN @ EATING =D
Dulu cita2 sebelum cuti nak keja keja keja..xsabaq nak timba pengalaman konon-nya-lah.
tup..tup..tup..
sesudah cuti ana asyek makan makan dan makan lah. hahaha *ana tarak kesah makan itu pasti! mesti! wajib! =)
so meh nak kongsi2 ckit apa yang ana da makan.........ckit ja hehe

fes XD

 perkenalkan ini siput sudu. hehe dah lama ngidam nak makan nie last2 jumpak nie kat Seoul Garden jaaa...hhahahhaa tayah p sampai KL. p kat Auto City sudah cukup =)


Sebelom nak makan tuh kena la masak dulu. lauk2 d atas tuh suma mentah2 lagi. hehe sedap woh makan panas2 nyummm nyumm nyummm...
                                      

 Seken =))

Pizza bukan sebarang pizza...pizza dominos mari nehhh...sapa2 dok Kedah haa memang susah ckit lah nak merasa dominos =(
**psstttttt saya sayang Pizza Hut lebih2 hehek


Terd =P



okeh ini pulak Tako Tao. Sejenis kuih jepun mungkin. Hahaha yang nie dalam dia ada octopus. hohoho sedap2 mavelesssss =)
Kalo p Queensbay Mall wajib beli nie hihihi.



forth =B
last but not least...


GCB GCB GCB GCB GCB GCB GCB ahhhhhhhhhh maveless!!! hakhakhakhak

 0keh. cukop lah. memang takdak keja kan post menatang2 nie suma pkoi 3am hehehe


*ppssstttt:: org2 Kedah, pasan dak makanan2 nie suma ada kat Penang@Seberang Prai hihihi  (^_^)v
nanyte~

Friday 17 June 2011

BerSAHABATlah anda selagi anda mampu meMAKNAkannya

Disebabkan cik eKa takleh tidoq, maka dengan ini cik eKa akan berkongsi sesuatu yang cik eKa jumpak semasa korek+jumpak dekat http://www.google.com.my/firefox?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official

Cik eKa tertarik dengan satu quote mengenai <<S.A.H.A.B.A.T.>> 

 

Sahabat

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.


Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.


Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.


Bercakap mengenai SAHABAT
saya (penat lah guna cik eka cik eka panjang sangat hihi~) ada sejenis sahabat dimana saya dapati disaat dia menghulurkan salam persahabatan bukanlah untuk berkawan dengan saya dalam erti KAWAN tetapi mempunyai makna tersirat yang tersendiri. 
Kenapa saya berkata sedemikian?? Jelas sekali buktinya sebab sekarang dia dah tak hirau kat saya lagi dah. No more itu, dan no more ini. Kami sudah bagaikan orang asing di mana ikatan PERSAHABATAN itu hanya terpalit dalam list friend dekat Facebook sahaja bersama memori2 daun pisang yang kini sudah dibungkus dengan nasik lemak beberapa bulan yang lalu. 
Oke sedikit merepek. 

 

Burung Antu + Mata Panda = Haizzzz

Tajuk di atas bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 3 kali terjadi tapi dah lebih 1000 kali terjadi. tskkkkkkk T_T

Pernah tak kamoo rasa ngantokkkkkkk nak tidoqq lena seperti bayi
Pernah tak kamoo rasa warghhhhh rindunyaaaaaa nak tidoq awai
Pernah tak kamoo rasa huuuuuu lamanya tak mimpi best2 nie
Maka kamoo pon mula set,
Malam nie nak tidoq awai, on9 skejap ja, tidoq awai awai awai...mimpi mimpi mimpi
Tutup Lampu. Amek pelok2. Tarik selimut. Pejam mata. Pusing kiri. Pusing kanan.
Sejam Kemudian,,,,,, masih pusing kiri dan kanan tengok henfon. Dan exercise ini berulang2 sampai membuatkan kamoo on9 balek dan tulis di belog pasal kamoo takleh tidoq.

So, itulah yang saya sedang buat sekarang. Ahhhhhhhhhhhh BENCINYAAAAAAAAA!!!!  >_<

Thursday 16 June 2011

If i am a problem maker, then can you be my problem solver =))

Dalam hidup, memang banyak masalah. Masalah tu pulak datang dari macam2 arah. Kawan, family, diri sendiri sinun sinin sanan..woooo banyak betoi hahaha~
Then masalah paling utama,
WHAT YOU HAVE TO DO TO SOLVE THAT PROBLEMS
what are you gonna do?
or
what did you do?
or
how do you do?
.....
Dan berbalik kepada kata pujangga,
setiap masalah ada jalan penyelesaiannya
jangan lupa rujuk lah kembali kepada Yang Maha Esa, Al-Quran dan Sunah serta Hadis
mengadu lah padaNya..itu yang terbaik, insyaAllah Allah perkenan dan tunjukkan kita jalan penyelesaian nanti kan.
lagipon dah lengkap dah kat situ,
kalau ada problem apa yang kita kena buat n cara menghadapi masalah tu.

last but not least,

bila kita hadapi masalah, kita kena bersabar, jangan men maki itu ini dok kira nak balaih dendam jaa
itu konpom2 kena rasuk setan dah tu. Taw nak cari gadoh,
Bodoh betoi haaa~~
Cari la punca sebab musabab kenapa itu berlaku dulu kan. Jangan jump to conclusion tros..

n the most important thing...

kita kena ada someone yang kita percaya, someone yang kita boleh berkongsi apa sahaja dengan dia. Someone yang akan cakap salah bila kita salah dan betol bila kita betol.
InsyaAllah that someone akan menjadi seorang problem solver yang baik just like ai do hihihi *perasan sat*

so will you be my problem solver? (^_^)v

Detik 15.23pm~

Semenjak cuti nie asyik on9, men ngan Syasyau, on9 Syasyau on9 Syasyau. Kecuali pkol 15.23pm layan cita korea sat kat channel 393. hahaha

Haritu ada nawaitu nak cari keja. Tapi..well u know me..suka tangguh2 ngeeee~
Kawan kak pon da ada offer keja kedai dia. Barang baby lagi muahh muahh tapi tu la, nak segera kalo boleh hari nie dah buleh masok keja. Adoiii~~ tak ready mental fizikal. maap =.=
tunggu lah bulan 7 nanti~ insyaAllah. amin3 =))

Oke. nak turun dah, 15.23pm dah dekat. babai. =P

Wednesday 15 June 2011

Hari Pertama (^_^)

Bismillahirrohmanirrohhim~~

Hari nie hari pertama saya create blog. Tak tahu kenapa tergerak tangan, hati, limpa jantung nak menulis dalam nie..heeeee~
segala salah silap mintak ampun awal2
saya budak baru belajar
salah dan silap mintak di ajar =)