Assalamualaikum~~silakan masok =)





Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Wednesday 7 September 2011

perasaan balek u T_T

Aku masih student dekat sebuah universiti terletak di utara tanah air Malaysia terchenta.
Seorang pelajar yang nampak cikai gila. Sifat M tuh dah memang wajib ada dalam diri ini sejak2 tangan nie pandai memegang pensel kayu berkale-kale lagi.
Ambik pulak subjek paling hadekor dalam urusan2 bisnes nie. Akaun kot ampa ingat keja kira duit dr RM1 sampai RM100 ka?? no no no hat tu bek budak tadika pon apply jadi akauntan teroih. =.=

Aku bila belajaq benda hat susah sikit mula la self confidence tuh turun menyembah bumi. Ini secara tidak langsung memang berkaitan dengan perkara di atas *perasaan balek U*
Bukak sem nie dah jadi half-senior dah! Tahun ketiga dah nie wahhhh...@_@

Bukan bangga jadi senior ka pa, *lebih bangga jadi junior kowt*, tapi bila dah tahun ketiga secara paham2 sendirinya, subjek yang aku amek nie akan jadi lebih2 hadekor kot. Orang kata tak cukup semangat boleh tempah tali gantung sendiri dah nie huhuhu. susah gila baq hampa sebab tuh tamaw balek u tamaw tamaw tamaw T_T

harapan:: boley dak nak kekal ja jadi budak sem 1 sem 2. junior2 gituu~~

pesanan: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN * belom terlambat pon kan raya kan sebulan ^_<

Tuesday 23 August 2011

Quote i like the most ♥ ♥ ♥

 "Tudung itu sepatutnya menarik mereka yang tidak menutup aurat kepada menutup aurat dan tidak sepatutnya menjadi penarik pula bagi kaum Adam untuk mengorat atau mendekat. Niat itu yang penting. Tutup aurat dan mahu jaga akhlak. Itu identiti sebagai muslimah."


Betoi kan apa quote tu cakap. Kalo kita tengok sekarang nie macam2 pesyen tudung ada, kemudian dibahagi-bahagi pulak ada yang jeneh selendang, pashmina, shawl, segera, express ct, hajjah bla3...(sama ja kot suma tuu hehe).

N kalo dilihat sekarang nie, pesyen2 camtuh memang cantik dan mencantikkan lagi si pemakai, nampak comey2 suma. Tudung cantik tapi sayang,,pendek kan selendang2 tuh semua? (bagi saya lahh..) ada yang pakai labuh depan singkat belakang, ada yang pendek depan belakang pastuh nampak pulak tengkok, leher...

Orang laki pulak kalo awek cun pakai selendang, alalala tomeyynya awak nie, segak!...kalo orang laki tengok awek pakai tudung segi tiga besa tuh (hat bawai2 mak2 kita pakai tuh laaa) komen dia......................... no komen. 

So dari sini boleh perasan dak apa sebab musabab hampa2 pakai tudung camtu? untuk saja2 kah? untuk menarik perhatian kaum adam kah? atau menuntut apa yang dikatakan dalam al-Quran "hendak lah kamu menutup seluruh tubuhmu melainkan muka dan tapak tangan"

tepuk dada tanya iman. ^_^

saya pon dok tringin jugak nak pakai lagu tuh..motif?? sebab tengok ramai orang pakai cantek! =P
setelah jumpak quote nie,,ermmm~~~ thinking deeply about it 

psstt: Islam membolehkan kita berfesyen selagi tidak melanggari apa yang disyariatkan, ^_<

Sunday 21 August 2011

Kad Raya VS SMS Raya

Mana satu pilihan hampa? Suka Kad Raya 0r Sms Raya jaa kat henpon nuh?

Tentu2 lah prefer KAD RAYA kan. Sebab kad raya nie, sangat lawak! hahaha
Tapi percaya atau tidak. budak laki-laki kebanyakan prefer sms daripada kad. Sebabnya? Sms cukup mudah n cheap2 =)).
Just taip SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI besaq2 cantik2 dan tekan send to all contacts. Mudah kan. Itu lah lelaki.

Tapi, orang perempuan tak SEMALAIH orang laki-laki. Budak perempuan sukakan yang comel2, yang membawa kepada VALUE, MEMORI yang tinggi. (bukan dari segi harga, tapi nilai sentimental itu sendiri),

Kalau kita dapat kad, ucapan SELAMAT HARI RAYA tu rasa macam lebih ikhlas diucapkan, maaf yang dipinta pon rasa macam tulus, rasa dihargai sangat2 kan. Dalam kad pulak boleh tulis panjang2, mula dari kuih raya dah buat belum? baju berapa pasang? rumah dah kemas belum? tema raya apa? bla3...banyak kan nak cerita,, at the end baru nak ucap mintak maaf itu ini. Tapi yang panjang2 itulah seronok dibaca, dihayati, diingati. sebab tu saya kata tadi VALUE dia sangat tinggi. =))

Kad jugak tahan lama berbanding sms. Kad boleh dibaca berulang2 kali. Simpan elok2 dalam kotak, tahun depan bukak tengok lagi. Tapi, SMS tuh tahannya seminggu raya ja. Then bila inbox dah penuh, kita just click DELETE ALL. Maka hilanglah segala ucapan2, penat2 taip panjang2, lukih gambaq masjid lagi, tulis jawi lagi, alih2 button DELETE jugak tempat wish2 tersebut. MEMBAZIR kan? So disini, pendapat budak laki yang cakap, SMS LEBIH MUDAH & MURAH itu SALAH 1000%. Bila delete tuh kan dah bazirkan skupang itupun kalau sama rangkaian. Kena Celcom antaq p Maxis kan dah kena 2 kupang!!. Bazir2 =.=

**S*O**bagila saya kad raya =]P

she HATES me =((

apa perasaan anda bila dapat tahu ada orang yang bencikan anda?
apa perasaan anda bila dapat tahu bahawa sahabat orang yang bencikan anda turut bencikan anda??
apa perasaan anda bila dapat tahu anda disalahkan atas semua yang terjadi?
apa perasaan anda bila dapat tahu anda dituduh dengan sesuatu yang tidak benar sama sekali??

perasaan saya......

saya nak mesej/jumpak/col saja mereka2 yang bencikan saya itu, dan tanyakan sebab musabab kenapa bencikan saya (skema abeh aih!)

salah saya 100% kah atas semua yang terjadi. Tak adil betoi sebab dengaq di sebelah pihak. Common lah. Kamu selalu bercakap hal-hal positif, tahu muhasabah diri, tahu psikologi, tahu berfikiran positif, saling menasihati, tetapi kenapa apabila masuk cerita berkaitan saya, kamu semua jadi sempit fikiran??

BTW, saya paham, cakap senang, buat susah kan? ^_^


Tuesday 16 August 2011

kesian PEREMPUAN kan??

kesian orang PEREMPUAN kan?
kalau kes bercerai, dituduh tak pandai jaga suami..
kalau kes anak meninggal jatuh kolam, dituduh cuai, tak pandai jaga anak..
kalau kes suami kawen laen, dituduh tak pandai jaga suami..
kalau kes PAKWE LARI DITUDUH MERAMPAS PULAK~

kesian kan? yang buruk2 semua PEREMPUAN kan? Jarang sekali nak dengar orang cakap2 pasal lelaki kan kan kan..

Dan di sini, saya nak menegaskan jangan lah tuduh2 PEREMPUAN tu garik, rampas orang yang kamoo sayang, bla3.. jangan la dengaq sebelah pihak ja, dan jangan buat andaian sendiri. Setiap orang ada kisah dan sebab dia, btw,

Tipu lah kalau ada perempuan akan ignore mesej dari kawan lelaki dia kan, yang dia kenal dah lama dan rapat kan? Saya pasti kamoo pon camtu jugak. =.=!

pssttt: entry nie tak bermaksud untuk anda kesian kan saya =D

Wednesday 3 August 2011

susahnya chatbox!! NEED HELP!! =(

saya memerlukan beberapa orang pengajar untuk ajaq pasai

fes) nak TAG nama blogger lain kat post
seken) cena nak buat chatbox?? tak jadi pon hehehe
third) akan dipikirkan kemudian *sebenarnya banyak lagi nak tanya, tapi slow2 lah =))

senior2 blogger~ bantu lah saya T_T

Tuesday 2 August 2011

ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

Bulan posa ramai tulis2 pasal puasa kan? hehehe nak kongsi cikit ja pasai posa. kan baru 2 hari hehe.

Fes Puasa.>> 
1. Bangun awal. pukol 3 lagi dah bangun. Actually terjaga dari tidoq so tros taleh tidoq (layan sms maw tak tidoq ehehe).

2. Fes day posa nie merupakan fes day jugak dalam bekerjaya. Alaa keja part time ja pon. Juai tudung untuk hari raya nanti. Awal kan jual? Tapi nak buat macam mana tauke bersemangat nak menjual. Tengok2 baru nak siap pasang khemah segala, sudahnya kami tak meniaga pon lagi. Dok saja, berjemoq kat dalam khemah tu. Naseb bek TESCO dekat =))
**sudi2 jenguk2 la gerai tudung kami =D

3. Tak sambut awal Ramadhan dengan mak ayah.=(
Terpaksa sambut ngan tok dan wan di kampung, yalah kan sudah BEKERJAYA la nie =.=!! Tapi tetap best cuma lain ckit hehe

Seken day.>>
1.  TAK BANGUN SOQ!!!!!!! (sahur) kunci jam, telinga berkarat tak jaga langsung. Tok ngan wan pon tak jaga sebab wan lupa nak tekan jam loceng tuh kepada mode ON. Naseb baik ada cousin terjaga 5.30am, kami sempat minum2 dan makan ringan2 ja. No nasik. Redha~

2. Harinie keja menggungting kain bagi kemas2. Berjam-jam pegang gunting sampai tangan lembik. krem. bengkok. Redha~

"SELAMAT BERPUASA SEMUA!! SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DILIPATGANDAKAN PAHALANYA OLEH ALLAH S.W.T. "