Assalamualaikum~~silakan masok =)





Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Thursday 28 July 2011

Andai Itu Takdirnya~ Mungkin Ada Hikmahnya...

Matahari berputar. Bulan berputar. Bumi berputar. Hidup kita juga berputar sebab tu kadang2 dalam hidup nie sekejap kita kat bawah sekejap kita kat atas. Dan selalunya, bila kita berada di bawah tu lah baru nak kenang2kan sesalan dahulu kala.Benarlah kata bidalan, 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna lagi' namun hidup mesti diteruskan.

Alangkah ruginya orang2 yang berputus asa sekarang kerana dia tidak tahu mungkin Allah telah menciptakan segunung emas di hadapan perjalanan hidup mereka. 

Sebab tu apabila berlakunya sesuatu musibah hendaklah kita redha menghadapinya, jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri yang mungkin sudah tergelincir dari jalanNya. Muhasabah. Percayalah dengan kekuasaan Allah, percayalah dengan kekayaan Allah, percayalah dengan kasih sayang Allah, insyaAllah suatu hari kita akan dikurniakan sesuatu yang sangat2 bernilai di luar jangkaan kita asalkan kita tidak menyimpang jauh dari ajaran Allah dan Rasulnya. InsyaAllah.

Saya nak ingatkan diri sendiri dan nak share jugak dengan sesiapa sahaja. Walaupun kita kerapkali terjatuh, janganlah kita berputus asa untuk bangun kembali, jatuh memang sakit. Dan ingat jugak bila kita jatuh akan ada yang menghulurkan tangan untuk bantu kita berdiri tetapi kalau kita pilih taknak bangun, orang yang menghulurkan tangan itu pun tak sanggup menunggu lagi.

~saya percaya Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk awak. Jangan putus asa ya =))

Wednesday 20 July 2011

sometime~~

pictures can show your impression, moods, feelings and so on..contohnya macam bawah nie~




HAH!! tu dia ini paling terok sekali =.=!


hahh. macam 'not in a good mood huh!' so baik kita zzzzZZzzZZZ



"kajian menunjukkan, apabila kita di dalam emosi yang tidak stabil, maka tidurlah, supaya apabila anda tidur, segala emosi2 yang kurang baik dapat dikurangkan dan menjadi lebih tenang"

jommmmm!! U_U

Friday 8 July 2011

1st Impression..first impression...

Orang melayu khususnya, sangat2 mengambil berat pasai First Impression (maaf. this word lebih sedap ditulis dalam BI.) Tak payah tengok orang lain, tengok diri sendiri sudah cukup.

Cuba kita jalan2 dekat shopping mall tuh, naik sampai tingkat atas, biasala wayang kan tingkat atas2 then dalam dok berjalan tuh selisih pulak dengan seorang lelaki, berambut spike, baju hitam, seluar hitam, kulit pon gelap, pakai rantai kaler silver bserta gelang besi2....haaa secara automatik hati akan berkata, 'gangster apa budak nie,, haii apa la nak jadi dengan budak2 zaman sekarang..terok!!...'. Muka pon automatik jugak mempamerkan rasa meluat tengok budak tu. Persoalan di sini, anda kenal tak dia?????

Then, kita sampai tingkat atas. Nampak pulak sekumpulan gadis tengah berborak2 di tengah2 laluan, gelak2 manja macam nak tarik perhatian, bertepuk tampar situ sini, hati berbicara lagi, 'gedik2 aih sekoq2, bajet cun!.....'  Persoalan lagi, anda kenal tak depa tu????

Di kedai butik baju pulak, seorang gadis bertudung bersama dengan kawan dia. Membelek2 baju, yang kawan tu pot pet pot pet tak berhenti, yang si gadis cuma diam mendengar dan sekali sekala tersenyum, suara pon pelan2 macam x berapa buleh nak dengar, hati seraya berkata, 'lembut jaa pompuan tu, mesti dia nie solehah, budak baik nie, kawan dia tu mulut macam bertih jagung cakap slow2 taleh ka....' tak kenal jugak kan?

Itu lah diri kita. Selalu bersangka tidak baik dekat seseorang, padahal nama dia pon kita tak tahu. Mana kita tahu, lelaki di atas tadi walaupun berpakaian sebegitu, tetapi solatnya cukup 5 waktu, puasanya cukup 30 hari, tak melawan cakap kedua orang tua. Kita pon tak tahu, gadis2 tu terlebih excited sebab mungkin sudah lama tak berjumpa, rasa teruja jumpak kawan2 lama. Kita juga tak tahu gadis yang pot pet pot pet tuh mungkin bersikap peramah, mulut saja bising tetapi suka membantu orang ketika susah mahupun senang. matluthfi pon ada cakap dalam video dia, tak semestinya orang yang pakai seluar pendek tuh jahat..yang pakai seluaq panjang baikkk...tak caya?? tengok video nie~


~ Sekali kamu bersangka baik terhadap orang lain, seribu kali mereka akan bersangka baik terhadap kamu =)) ~

Wednesday 6 July 2011

0H Maddi Jane~~kegilaan!!!!!!

Maddi Jane. I don't know who is her until someone tag this song to my wall in Facebook.



Price Tag by her. Hanya sekali dengar. popppppp terus JATUH CHENTA!!!!!!!!! Thanks to him  XD
I really don't know who the heck is Maddi Jane, she's not an artist, singer~ what I know is, she can sing much much better than the real singer that sing the same song. And I do really love her voice. awesomeeeeeee is it? hehehe this is what i called Maddi Jane~~ kegilaan!! another two songs that have been touched my soul ::


Impossible


Jar Of Heart


pssttt::: i know i'm quite 'KETINGGALAN'...who cares?????  =P

Sunday 3 July 2011

I MISS YOU~

Khas untuk sapa2 yang saya rindu =)








Rindu 'dia' 'kamoo' 'awak' 'hang' sesangat!! T_T

Saturday 2 July 2011

Menghitung Hari......

Saya dalam perancangan nak buat SURPRISE!!! untuk seseorang,, hehehe
Disebabkan untuk Surprise nie, saya telah menyusahkan beberapa pihak yang saya pakai-men-kutip ja untuk membantu dalam mendapatkan maklumat2 berkaitan 'dia'.
Tapi tadi sorang hat saya pakai-men-kutip tuh cakap "macam dah taw2 ja 'dia' nie, sebab 'dia' cakap buat keja kantoi awai...." adussssssss

Berjayakah Cik Donut??? Or nak kena tukaq p plan B?? But, there's only plan A =((
MASA DAH SUNTUK DAH!! Takpa lah, wat selamber sudah, tunggu dan lihat yaaaaaaaaaaa

**pssttt:: surprise nie tak buat secara LIVE pon..kan best ada kamera mengikuti anda pada saat dan ketika itu =S

Burung Antu + Mata Panda 2 = Azam Baru

Gejala BAMP (Burung Antu + Mata Panda) menyerang lagi. sob sob sob~
Tapi, kali nie membawa berita yang sangat2 baik. hehehe
Tengah dok golek2 tadi, cik Donut dapat satu dua AZAM BARU!! Bak kata pepatah Semangat yang hilang, kini kembali pulang.. yaa begitulah bunyinya

Untuk AZAM yang pertama, cik Donut dah dapat lesen sejak tahun 2009 lagi. Tetapi, tak pernah pernah pernah pernah pernah langsung menggunakan lesen tersebut dalam erti kata yang sebenar. Tak penah drive la maksudnya lepas lulus JPJ arituh. hehe..SO tadi tengah golek2, pusing kiri kanan, cik Donut dapat idea. Minggu depan yakin dan pasti, cik Donut nak balek Aloq Staq! Nak mintak tolong kak ajaq semula bawak kereta manual kancil merah tuu..hoyeah~ hoyeah~ keta dah ada kat umah tok. Lesen ja mati sebentar. InsyaAllah sehari dua lagi cik Donut nak p renew lah lesen tuh. hehehe SEMANGAT2!!! *please pray for me.* kali nie betoi2 nak master bawak keta hehehehe

Untuk AZAM yang kedua, selepas dah buleh bawak keta dengan jayanya. Cik Donut nak cari kerja. Walopon sekejap (cuti da nak abeh), nak keja jugak! Lima hari pon cukop lah. Asalkan balek U boleh story2 dekat kawan2, tak la asek kita ja tadah telinga dengaq depa punya cita kan kan kan..

Dan AZAM yang ketiga (baru tambah yang nie), yakni terakhir, Cik Donut nak pakai nama Donut mulai saat entry ini. Noktah.

Please, please, please DOAKAN semoga AZAM2 ini dapat dijalankan dengan jayanya.!! Terima Kasih (^_^)v

i dare to realize it =))